Sabah, tanah airku. Aku dilahirkan disini, di Tawau.
Dibesarkan di Sandakan. Bersekolah dan bekerja di Sandakan.
Pada 12 Februari 2013, Sabah, di dalam daerah Lahad Datu, telah diceroboh oleh sekumpulan orang Sulu dari kepulauan Sulu, Selatan Filipina. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Tentera Sultan Sulu. Mereka menuntut agar Sabah dikembalikan kepada kesultanan Sulu.
Seluruh Sabah berada dalam keadaan cemas, takut dan panik. Saya sekeluarga juga merasa begitu.
Kumpulan Tentera Sulu ini diklasifikasikan sebagai PENCEROBOH & PENGGANAS. Mereka tidak mahu berundur. Kerajaan telah memberi tempoh selama 16 hari, sehingga 28 Februari 2013, bagi menyerah diri dan dihantar pulang ke tempat asal mereka. Tetapi mereka ini degil betul!! Kerajaan cukup baik membawa mereka berunding tetapi mereka masih degil. Akhirnya, pada 1 Mac 2013, jam 10 pagi, kerajaan dibawah kuasa PDRM telah melancarkan serangan terhadap penceroboh ini yang diketuai oleh adik Sultan Sulu.
Dalam serangan tersebut, dua anggota keselamatan negara dari skuad VAT69 Komando telah terkorban. Kasihan mereka...
Sehari kemudian, tali barut penceroboh ini telah menyerang sekumpulan polis di daerah Semporna dalam satu serangan hendap di perkampungan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian tali barut penceroboh ini (yang dipercayai telah berada lama di daerah ini). Enam orang anggota polis telah ditembak oleh tali barut penceroboh itu. Serangan hendap itu menyebabkan enam anggota polis maut dengan ngeri sekali. Namun kesemua tali barut biadap ini telah dapat ditembak mati oleh polis yang tiba untuk memberi bantuan kepada kumpulan pertama yang telah terkorban itu.
Keadaan semakin tegang dan rumit. Suasana cemas dan panik terasa dimana mana di seluruh daerah pantai timur. Sekolah ditutup di seluruh daerah Lahad Datu. Di Sandakan pula, sekolah masih dibuka tetapi tidak ramai murid-murid dan pelajar-pelajar yang datang. Ibubapa merasa keadaan tidak selamat maka anak anak mereka tidak dibenarkan keluar rumah. Keadaan begini berlarutan selama hampir 5 hari persekolahan.
Pada 12 Mac 2013, dua orang anggota ATM telah terkorban. Aduh... sakit hatiku mendengar mereka terkorban. Seorang mati ditembak oleh penceroboh, seorang lagi mati kerana kemalangan trak yang dipandu semasa menghantar makanan untuk anggota keselamatan bertugas. Sepuluh orang semuanya anggota keselamatan yang terkorban kerana berjuang mempertahankan negeri Sabah dari ditawan oleh penceroboh Tentera Sulu.
Sehingga pada hari ini, dipercayai penceroboh ini masih berada di Kg Tanduo/Kg Tnjg Batu. Saki baki mereka ini kini tinggal beberapa orang termasuk ketua mereka yang masih belum dapat dikesan keberadaannya. Pasukan keselamatan negara telah melancarkan Operasi Daulat khusus untuk mengesan dan mencari saki baki penceroboh. Semoga PDRM dan ATM berjaya menghapuskan saki baki itu dan menamatkan 'peperangan' ini dan mengembalikan keamanan di negeri Sabah ini.
Tuhan, berkatilah semua anggota keselamatan yang telah terkorban...AMEN!!
Tuhan, berkatilah semua anggota keselamatan yang sedang menyabung nyawa mempertahankan negeri Sabah ini. Tolonglah mereka Tuhan dan selamatkan mereka semua...AMEN!!
SABAH TANAH AIRKU...tidak akan kami lepaskan ia kepada sesiapa yang tidak berhak.
SABAH negeri dibawah bayu, adalah sebahagian daripada MALAYSIA.
Apalah ertinya MALAYSIA tanpa SABAH didalamnya..
Salam damai..
Thursday, March 14, 2013
Lama Tidak Menulis Disini
Aku ingin menulis semula disini.
Semoga aku akan mendapat semangat baru.
Salam damai.
Semoga aku akan mendapat semangat baru.
Salam damai.
Subscribe to:
Posts (Atom)