Salam damai !
Setiap pagi aku menghantar anak-anak kesekolah. Begitulah rutinku setiap hari bersekolah sejak mereka darjah 2 hingga kini mereka dah darjah 6. Sejak kebelakangan ni, kami sering bangun lewat. Payah betul mau bangun pagi. Ibu borek anak rintik. Aku guna Ibu, kerana Bapanya tidak begitu. Dialah tukang membangunkan aku dan anak-anak. Kalau hubbyku outstation, alamat terlajak. Alarm clock? Hem...tak berkesan.
Pagi kelmarin lewat lagi. Sampai saja di sekolah, seperti biasa, anak-anak salam ibunya. Kemudian, mereka kelam kabut turun dari kereta. Kesian diaorang. Aku melihat anak-anakku sehingga mereka betul-betul lenyap dari pandangan mataku. Malah aku menunggu lagi beberapa minit, saja untuk memastikan semuanya ok ! Kemudian aku memandu perlahan-lahan meninggalkan halaman sekolah.
Sedang sibuk membuat kerja pejabat, tiba-tiba saja aku tersentak. Terdiam...
"Hah..alamak, matilah..."
Aku capai hpku dan mendail suamiku.
"D, sibukkah? Boleh cakap kejap?
"Kenapa Yang?"
"Mana kamu D"?
"Di IPD"
"Aduh D, aku lupa bagi duit makan sama anak-anak tadi, macam manalah"? Aku tel sekolahnya dulu. Bye D"
................................................
Pada waktu aku tersentak tadi, aku segera melihat jam dinding yang betul-betul berada didepan mataku. Jam menunjukkan 9.55 pagi.
Aku segera menelefon kesekolah dan pada waktu tu kerani sekolah kata, "Jam 10.00 waktu rehat mereka, sekaranglah ni...sampai 10.20"
Hem...memang tak sempat....
Macam mana ni? Aku telefon lagi suamiku....
Kami sepakat, untuk menunggu apa cerita dari anak-anakku nanti.
Tadi pagi mereka sarapan roti. Harap-harap mereka dapat bertahan. Aku berdoa pada Tuhan agar membantu anak-anakku menghadapi waktu-waktu tanpa makan ini, agar mereka diberi kesabaran dan ketenangan, agar mereka tidak merasa terlalu lapar, agar mereka tidak melakukan sesuatu yang jahat semata-mata untuk makan.
Jam 3.05 aku menalipon kerumah.
"Hello Ma"kata Alex
"Kamu ok"?
"Ok"
"Abang tak lapar disekolah tadi" ?
"Tak"
"Abang tak marah mama lupa kasih duit makan"?
"Tak. Tak rasa lapar pun tadi"
"Iakah"?
Dari balik suara Abang, aku mendengar Adik berkata :
"Sampai hati mama tak bagi duit makan tadi"?
"Mama tak sengaja, mama betul-betul lupa"
"Kami pun lupa, sama-sama lupa"
Semasa makan malam, aku dan suami berkata lagi pada anak-anakku :
"Abang, adik, mama minta maaf ya sebab lupa bagi duit makan tadi. Mama betul-betul lupa"
"Nasib baik ada air minum. Lagi pun gigiku tadi ditampal, jadi aku tak ingat makan" kata Alex.
"Adik tak lapar?
"Taklah, tadi pagi kami dah makan roti, jadi tak lapar sangat"
"Mama betul-betul minta maaf ya Abang Adik, mama betul-betul tak ingat"
"Abang Adik, kamu dengar mama cakap"? kata suamiku.
"Tak payah mama minta maaf, sebab sama-sama lupa"
"Tapi, waktu sudah masuk dekat tangga sekolah, aku tiba-tiba teringat, aku kata sama Adik, mama lupa bagi duit makan, terus aku belari dekat pintu gate tu, tapi aku tengok mama ngam ngam pusing tu kereta dekat tu pusingan" kata Alex.
"Iakah"??? Kesian anak mama. Mama risau sampai mama berdoa sama Tuhan supaya anak-anak mama tidak merasa terlalu lapar. Mama minta tolong sama Tuhan agar anak-anak mama bersabar"
"Doa mama dikabulkan oleh Tuhan, sebab kami betul-betul tak rasa lapar" kata Alex serius.
"Lagipun, gigi Abang ditampal waktu rehat, macam mana mau makan"? kata Adik pulak.
"Ia, gigi mana satu. Tak sakitkah?
"Menangis lagi tu si Abang" kata Adik
"Esok gigiku mau di tampal lah Ma, macam mana ni?" kata Adik
"Adik relax saja, tak apa-apa tu"
"Tadi 3 orang, Abang, Jason dan Jeffrey, esok aku sama Ericsen"
"Biarlah supaya gigi adik tidak buruk."
"Oklah, malam ini, bapa spend anak-anaknya makan Burger Special, ada ayam dan telur. Lepas tu, esok pagi kamu sarapan Pau Besar, mama dah beli tadi, satu orang satu. Nenek pun ada"
"Hem..ada burger tu ada lebih satu, siapa tak kenyang boleh makan lagi" kata bapanya
Malam tadi, kami makan burger special saja, aku malas masak, penat.
Burger memang makanan kegemaran anak-anakku, cuma malam tadi, hubby ku upgrade kan untuk beli yang special, ada daging ayam dan telur. Rupanya burger special ni cukup untuk buat anak-anakku kenyang dan kenyang betul-betul. Jadi extra burger tu, aku yang kena habiskan sebab anak-anak memang tak larat lagi....syukur mereka puas hati dan kenyang. Aku memang biasakan mereka untuk berhenti makan bila dah rasa cukup...jangan makan hingga tak larat nak bangun dari meja makan.
Syukur kepada Tuhan sebab anak anak dapat melalui masa rehat disekolah tanpa rasa lapar...
No comments:
Post a Comment