Pada 17 Julai lalu, anak anakku genap berusia 12 tahun. Hem...jadi pada keesokkan harinya 18/07/2009 bersamaan dengan hari Sabtu, kami pergi JPN memohon MY KAD untuk anak anak kami. (JPN buka setengah hari termasuk hari Ahad, Tahniah JPN kerana bekerja lebih hari untuk kesenangan orang awam).
Jadi pada hari Sabtu itu, aku ambil cuti untuk pergi bersama sama dengan suamiku dan anak anak. Proses permohonan MY KAD tak banyak karenah kalau semua dokumen kita sediakan selengkap-lengkapnya. Tak payah ambil nombor sebab hari Sabtu tak berapa ramai orang. Kaunter memohon MY KAD juga tak sibuk dan kebetulan ada kosong, jadi kami terus dilayan. Kerani yang bertugas di kaunter juga aku puji sekali. Cukup bersopan, berbudi bahasa, memberi layanan yang bagus dan senyuman yang mesra. Penerangan yang diberikan pada kami pun cukup jelas. Kesabarannya melayan karenah anak anakku semasa proses mengambil gambar cukup aku puji. Sekali take, tak cantik gambarnya. Kena ambil sekali lagi. "Pusing sikit kepala tu dik" "Jangan tengok bawah dik" "senyum sikit je, jangan nampak gigi" Hem..baru ku tahu rupanya gambar MY KAD tak boleh nampak gigi. Oooo...begitu pulak.
Setelah selesai, kerani tersebut menjelaskan bahawa MY KAD akan siap dalam tempoh sebulan. Dan kalau nak ambil kad itu, mesti bapanya yang datang. Kalau mamanya nak datang pun boleh juga tapi mesti bawa sekali anak-anaknya. Hem,...heran juga ya. "Kenapa pulak begitu"? soalku. "Sebab kak, saya dah ambil cap jari bapanya tadi sebagai orang yang berhak untuk mengambil dan membuat sebarang perubahan jika terdapat kesilapan maklumat dalam kad tu nanti. Kalau kakak yang datang, kakak tak ada cap jari dalam sistem maklumat kami jadi kena bawa anak anak sekali". Oooo..oklah aku faham sudah peraturannya.
Jadi tanggal 20 Julai, suamiku pergi mengambil MY KAD anak anaknya yang dah siap. "Sayang, saya sudah ambil IC anak anak" kata suamiku. Aku segera menelefon Mami Kem, untuk memberitahu bahawa anak anak domba dua orang ni sudah ada MY KAD. Bila tiba dirumah, suamiku menunjukkan IC anak anak pada aku dan ibuku. Bila anak anak pulang dari tuisyen, giliran mereka pulak untuk melihat IC mereka. "Mama simpanlah MY KAD kami sampai umurku 20 tahun"kata Alex. "Tak boleh juga, bila sampai masa kamu kena simpan sendiri juga tu IC kamu sendiri". "Mukaku miringlah" kata Fonso. "Taklah, ok bah mama tengok, kacak lagi tu". "Abang Adik, mama simpanlah IC kamu tu ya, nanti kamu sudah besar baru kamu simpan sendiri"kata suamiku. "Roger"kata Alex.
Tadi pagi aku perlihatkan juga IC anak anakku pada adik adikku. Maklumlah inilah cucu cucu ibuku yang sudah besar dan yang pertama buat IC. Ertinya mereka dah "besar"...Hemm...tak sangka cepat betul masa berlalu dan mereka kini dah 12 tahun.
Masih terbayang jelas dalam ingatanku, bapaku membawa aku pergi ke pendaftaran untuk membuat IC ketika umurku 12 tahun...Begitulah proses hidup kita....akan tiba masanya kita yang akan membawa anak kita pergi membuat IC......

No comments:
Post a Comment