Jam 12.35 aku dengar hon kereta dari luar. Tina dah tiba rupanya. Dalam kereta ada orang, siapa tu? Oh rupa rupanya Tina dan ambil Lena. Selepas memeluk cium anak anakku dan ibuku juga, aku pergi. Rupa rupanya ada Heidi Afera atau Pera nama manja panggilanku. Pera anak perempuan lena, umurnya 6 tahun.
"Oo Pera pun ada"
"Hai Pera"
"Hai anti Cia"
"Hai kamu dua dua pakai baju hitam pulak, seluar pun sama warna"
"Aku baju putih"
"Ko drive lah" kata Tina.
"Dah agak dah". Memang setiap kali kami keluar, aku akan jadi driver mereka. Tak sah kalau bukan aku yang pandu. Aku pun pandulah saja. Memang aku pun suka memandu tapi kadang kadang nak juga jadi penumpang. Lebih relaks dan santai. Pandu ajalah..
"Bye mak"
"Mak bye"
"Ia..."sambil mak melambai kepada kami.
"Kesian pulak mama, nak bawa dia ke?"kataku.
"Mana mana aje"
"Panas ni, takut nanti dia pening pening, songkah"
"Kita nak jalan jalan, takut nanti dia tak tahan, penat"
"Tak apalah"
"Mana nak makan hari ni ya"
"Mana mana ajalah"
"Steak, di Mark's Lodge"
"Iakan, cuba kita try disitu"
"Ok"
"Yang penting semua ok, jangan 1 orang saja ok"
Aku memandu terus ke Mark's Lodge, di Bandar Indah. Sampai disana, aku parking.
"Tiadalah promotionnya hari ni"
"Masuk tanyalah"
"Ko masuklah Tine"
"Ko lah pegi Len, sama Sia"
"Macam mana ni, mau kah tidak"
"Telefonlah"
"Ko ada nombornya"
"Tanya 103 lah"
"Ko pernah makan kah disini Tine"?
"Pernah jugak"
"Mesti semua suka, baru kita pegi"
"Susah susah kita pegi Hawaiilah"
"Eh jauh lagi dibandar tu"
"Idoichilah"
"Aku ndak suka bah makanan Jepun"
"Mungkin dia tak buka cafenya sebab puasa"
"Tu chefnya, tanya dialah"
"Sori ya, ada set lunch kah hari ni"?
"Ada, hari hari ada tu"
"Berapa 1 kepala"
"RM18.00++"
"Oo..thank you ya"
"Susah susah, Pizza atau KFC lah" kata ku.
"Ialah..."excited Tina menjawab.
"Maulah" Lena pulak yang excited.
"Jadi, Pizza kah, KFC"? tanyaku.
"KFClah, ehh..Pizzalah, Pizzalah, lama aku tak makan chicken wingnya" kata Tina.
"Okkah Len"
"Ok, Pizzalah"
"Dimana, Giantkah di Batu 4"? tanyaku lagi, sebab aku driver, nak tentukan haluan.
"Batu 4 lah"
Semua setuju. So hari ni makan tengahari kami di Pizza Hut, Bandar Kim Fung.
Kami order Meal 4, ada 2 jenis Pizza, Pepsi, soup, breadstick (kami tukar garlic bread). Side order, kami ambil chicken wing, yang pedas. Yummy...
Ok jenis Pizza yang kami order Island Supreme dan Hawaiian Supreme.
Lama tak makan Pizza. Kali terakhir macam 2 bulan lalu. Mesti sedap sebab dah 2 bulan tak makan. Bila Pizza sampai, aku terus meratah ISLAND SUPREME. Still hot...memang sedap. Walau berbagai bagai menu baru yang diperkenalkan, aku tak pernah terpikat dengan rasanya. Aku pun tak faham kenapa aku tetap merasakan yang PIZZA ISLAND SUPREME itulah yang paling sedap dan cukup rasa...yummy...wallllaa...
Aku cuba menyukai toppings yang lain, tapi aku tetap suka, cukup suka dengan ISLAND SUPREME saja ! Tak kisahlah samada dia Pan Crust, Stuffed Crust atau Crunchy Crust, janji toppingsnya ISLAND SUPREME, gerenti sedap...gerenti licin...
Pizza Island Supreme toppingsnya:
A tasty seafood selection of tuna, onion, pineapple, crabmeat stick and Thousand Island sauce.
Aku rasa, gabungan bahan bahan di atas itu yang menyedapkan pizza ini. Gabungan rasa masam masam manis. Masam kerana nenas dan TI sos. Rasa manis sikit sebab ada onion. Complete taste for satisfaction. Puas hati...
ISLAND SUPREME ...sedappppp


Lena dan Tina pun memilih untuk makan ISLAND SUPREME daripada HAWAIIAN CHICKEN.
Hawaiian Chicken, rasanya sedikit masam dan tak sedap langsung aku rasa. Aku cuma makan sedikit dari 1 slice tu. Lebihannya tapau. Kenapa ISLAND SUPREME jauh lebih sedap dari Hawaiian Chicken ?? Entahlah, masing masing punya selera.
Akhirnya, kami kekenyangan...syukur kepada Allah !
Kepada anda yang belum pernah mencuba PIZZA ISLAND SUPREME, cubalah ! Tak rugi !
Rugi kalau tak cuba !
Lepas makan, kami ronda ronda batu 4 dan tak lama kemudian, sayangku telefon nak minta ambil ikan di batu 8....

No comments:
Post a Comment