Monday, August 31, 2009

31 OGOS 2009

Hari ini Malaysia menambah satu lagi catatan sejarah negara, menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 tahun.

Apa bezanya merdeka ketika 31 Ogos 1957 dengan 31 Ogos 2009?

Kalau pada 31 Ogos 1957, semua rakyat Malaya pada ketika itu bersukacita dan bergembira kerana telah bebas dari pemerintahan Inggeris. Jadi memang patut sekali sekalian rakyat berapi api, bersemangat merayakan Hari Kemerdekaan. Kesengsaraan ketika dijajah oleh Jepun dan Inggeris membuatkan detik kemerdekaan ketika itu begitu dihargai, dirasai, dijunjung dan begitu manis rasanya. Malah saat ketika itu pasti meremangkan bulu roma, menitiskan airmata dan segala macam rasa terharu dan bangga rakyat Malaya.

Kini telah 52 tahun berlalu. Perasaan ketika menyambut kemerdekaan kini tidak lagi sama seperti dulu. Kini semua orang hanya sibuk bagaimana hendak mengatur langkah ketika membuat pertunjukkan persembahan. Semua orang sibuk hendak memastikan langkah kaki ketika berbaris lalu nanti, serentak. Sibuk hendak mengingat gerak tari dan macam macam lah.

Apa erti Kemerdekaan pada ketika ini?
Pada ketika suasana negara sedang berperang sesama sendiri menegakkan pendapat aku benar, pendapat dia salah.

Apa ertinya merdeka dinegara ini jika warganegara Malaysia sesama sendiri bertelagah ?
Tanpa disedari, warganegara Malaysia sendiri kini cuba untuk menjajah dibumi sendiri.
Bila keadaan aman damai yang sebenarnya bisa ada kembali ?
Suasana bilamana Ahmad menghormati Josep. Alex menghormati Muthu. Chin menghormati Ali. Akan adakah suasana begitu?

Mengapa harus tamak kuasa? Tunjuk perasaan bila tak puas hati. Saman dia jika salah cakap. Dan yang paling ngeri sekali, bunuh dia jika mengancam kedudukan. Bilakah keadaan keadaan sebegini akan berakhir??

Kita telah bebas dari diperintah dan diperhambakan oleh Jepun dan Inggeris sejak 52 tahun. Tidak mahukah kamu, warganegara Malaysia hidup dengan menyayangi negara ini? Menyayangi satu sama lain tanpa syarat?

Bagiku, KEMERDEKAAN pada masa kini bererti: Bila semua warga Malaysia yang tidak bertanggungjawab berhenti dari menghancurkan dan memusnahkan negara dari SEGI POLITIK, EKONOMI, SOSIAL dan KEMANUSIAAN. Bila semua itu tidak lagi wujud, maka itulah erti KEMERDEKAAN yang sebenar kini.

Bolehkah ini dicapai???
Hanya Tuhan saja yang tahu !

No comments:

Post a Comment