Semua orang cemas. Ibuku, Sister Thresa, adik adikku yang lain pun sibuk bertanya. Kawan kawan sekerja pun sibuk bertanya, "tak kan cheong kah"?, "tak mau ambil cutikah, esok anak examkan"? macam macamlah. Aku tersengeh saja. Aku relaxxxx.
Sebagai ibu, aku tahu sejauh mana kebolehan anak anakku. Mereka memang bukan pelajar yang pandai atau cemerlang, walaupun berada dalam kelas 6B, kelas kedua pandai selepas 6A. Kedudukan dalam kelas selepas peperiksaan penggal pun bukan memuaskan. Biasanya abang berkedudukan dihadapan adik. Mereka selalu duduk di nombor 30 atau 31 daripada 32 orang murid, sejak darjah 5. Report Card selalu merah. Tak pernah dapat B apalagi A. Aku dan suamiku sudah biasa dengan keputusan itu. Nak paksa macam mana pun kalau memang itu saja kemampuan mereka, maka itulah jadinya. Mereka ada kelas tuisyen, subjek BM, Sains dan Matematik. Kami belikan banyak buku buku kertas soalan UPSR tahun tahun lalu untuk mereka jawab dirumah.
Kami tidak pernah merasa rendah diri atau malu dengan pencapaian anak anak kami. Malah kami bangga sekali sebab, mereka menunjukkan peningkatan dari tahun 1 hingga tahun 6. Walau cuma sedikit peningkatan kami tetap bersyukur dan berbangga. Kami tetap galakkan mereka untuk terus mencuba lagi.
Aku puas hati dan bangga sekali sebab aku sendiri yang mengajar mereka membaca. Aku ajar mereka mengenali bunyi setiap ayat, ba be bi bo bu...akhirnya...mereka berjaya membaca dengan lancar sewaktu darjah 3. Mereka menunjukkan kemajuan walaupun perlahan.
Aku tetap bersyukur. Bapanya pun cukup bersyukur. Bersyukur sebab walau keputusan mereka begitu saja, tapi mereka pandai membaca dengan lancar. Banyak patah perkataan Bahasa English mereka faham ertinya. Mereka boleh menghafal sifir dengan baik sekali. Mereka boleh mengira, mencampur, mendarab. Boleh ! Pandai juga bah ! Cuma kalau dah tiba masa peperiksaan kertas matematik, dengan soalan yang berjela jela dalam bahasa English, mereka jadi kaku. Mereka jadi blur. Kalau soalan karangan, abang boleh tahan markahnya. Kalau adik pulak, selalu keluar dari tajuknya. Kesian anak anak mama dan papa.
Suamiku berkali kali menekankan padaku.
"Biarlah anak anak saya tidak pandai macam anak si anu dan si anu, asal dia membesar dengan memiliki hati yang mulia, menghormati orang tua, boleh hidup juga bah. Asal dia pandai berusaha. Dia orang pandai membaca bah, mengira pun pandai. Komputer pun dia lebih pandai operate dari saya" kata hubbyku.
"Sayang, saya mau anak anak kita ni ada budi bahasa, itu penting dari sekolah tinggi sampai kelangit tapi kurang ajar"sambung hubbyku lagi.
"Tapi kalau satu hari, otak dia orang mampu belajar, kita support saja. Manalah tau kalau dia orang sudah besar, pandailah pulak, kita kasih belajar sampai mana dia mau" penuh bersemangat bapanya berkata kata.
Esok UPSR. Kami hanya berharap agar anak anak baca soalan dengan tenang dan fahamkan maksudnya. Cuba dulu baru tau. Cuba jawab dengan hati yang tenang. Apa apa pun keputusannya, mama dan papa tetap akan terima.
"Kalau kami lulus, apa hadiah papa?"
"Bapa belikan PS2"
"Mama kasih kami apa kalau lulus?"
"Mama bawa kamu naik kapal terbang pegi KL"
Wah bersemangat mereka.
Tuhan tolong berkati anak anakku agar faham akan soalan soalan itu. Pinjamkan secebis kebijaksanaan pada mereka. Tunjukkan mereka jalan yang benar ya Tuhan. Berikan mereka fikiran yang tenang dan cerah agar dapat menjawab semua soalan dengan baik. Terima kasih ya Tuhanku. Amen.
No comments:
Post a Comment