Hari ini cuti hari Kemerdekaan negaraku MALAYSIA.
Tanah tempat aku dilahirkan, Sabah.
Tiada tempat menarik yang hendak dituju. Akhirnya kami sepakat anak beranak hendak melawat kakakku Mami Kem. Jauh jugak tempatnya. Kira kira 64 batu dari tempat tinggal kami. Tina janji mau ikut pegi tapi last minute dia bilang tak jadi pegi sebab ada urusan. Ok..tak mau paksa pun. Itu kakakku kita, kalau mau lawat baguslah, kalau tidak tak apa bah.
Kami singgah sekejap dipasar batu 8. Beli ayam, pork, sayur, ikan, hotdog dan kad prabayar x-pax. Selesai semua pembelian, kami bertolak pada jam 9.30 pagi.
Suamiku memandu, aku duduk dihadapan. Ibu dan 2 anakku duduk dibelakang. Selesa juga duduk dalam kereta Avanza. Tidaklah sempit macam waktu dulu masih berkereta Nissan Sunny. Alex, Ponso dan Ibuku begitu excited sekali.
Kami menikmati lagu lagu dari CD yang menjadi kegemaran kami. Ada lagu Akon, MJ, Bunkface, Kristal dan Faizal Tahir. Semua lagu lagunya sedap sedap belaka. Bila lagu MJ, Billie Jean dan Smooth Criminal, anak anakku turut mengoyangkan badan mereka. Aku pun terikut ikut. Giliran lagu Faizal Tahir, Bencinta. Ibuku cukup suka lagu ni. Katanya hebat sekali muziknya. Lagunya pun bagus.
"Tapi aku heranlah, dia bilang dia cinta tapi dia benci" kata Ponso
"Itulah tu"kata ibuku.
"Maksudnya tu, dia suka tu perempuan, tapi kadang kadang dia benci sebab perempuan tu sakitkan hatinya, tulah tu dia cinta juga tapi benci juga"jelasku.
Aku pun cukup suka lagu ini, unik iramanya, berat dengan bunyian rock. Ngam sekali dengan personaliti dan suara Faizal Tahir.
Tiba lagu Kristal, SMS. Lucu bah. Sebabnya, kalau tak jawab telefonnya, dia akan buang tu telefon. Macam macam. Tapi liriknya nampak asli dan begitu sama dengan kehidupan manusia nyata.
Kakakku menalipon.
"Mana sudah kamu"?
"Masih di batu 25"
"Ooo pelan pelan lah"
"Ok"
Tiba-tiba suamiku mengadu perutnya tidak sedap, meragam. Alamak..kalau begitu, mesti mau melaburlah tu. Sampai dekat simpang B, kami berhenti digerai tepi jalan, mau pinjam tandasnya. Suamiku bergegas menuju kekedai berwarna merah jambu itu. Tapi malang sekali, ada tandas tapi tiada air. Berlari hubbyku ke rumah sebelah, nasib baik ada tandas dan ada airnya. Bila suamiku masuk kedalam tandasnya, dia terasa tidak pulak mau melabur...heh kacau betul katanya.
"Tidak pulak mau, sekali aku masuk dalam tu tandas"kata hubbyku
"Tiada airkah"
"Ada, tapi tak sakit pulak perutku sudah"
"Nanti tempat Mami Kemlah, baru lepaskan, sana banyak air tu"kataku
"Ialah, harap harap sampai sana baru lepaslah"
Kami meneruskan perjalanan.
Kakakku menalifon lagi.
"Mana sudah kamu"?
"Sini dekat BS"
"Aku masak nasilah"
"Masaklah, kan kami mau makan disitu nanti"?
Kejap, dia talipon lagi.
"Dekat mana sudah"?
"Dekat TBB plantation"
"Oo mau sampai sudah tu"
"Pelan pelan saja"
"Ok"
Kami tiba juga akhirnya di estet LS jam 11.00 pagi. Sampai dirumah kakakku, kami segera memproses benda benda yang dibawa tadi untuk dimasak. Tengah sibuk memasak, tiba tiba ibuku dan anak anakku, berkata, "laparlah". "aku pun lapar bah".
Kami masak sup ikan merah halia, sayur geriting sos tiram, pork plum sauce dan telur dadar bawang besar. Kira kira jam 12.30 kami duduk makan dilantai ruang tamu. Cukup berselera semua orang. Nampak macam gaya orang kebuluran...palis palis. Makan beramai ramai begini buat selera tambah menjadi. Kami semua menambah nasi, suamiku tambah banyak, aku tambah sikit jak. Ibu dan Kakakkku sederhana banyak. Ponso tambah sikit. Alex saja yang tidak tambah malah nasinya tidak dapat dihabiskan pasal sambil makan minum air, itu buat cepat kenyang tu. Seronok pula makan ramai ramai ni.
Kesian Mami Kem, dia tinggal sendiri, jadi kedatangan kami sekurang kurangnya dapat menghilangkan sunyinya. Mami Kem tak selalu pulang kerumah kami sebab jauh. Tambangnya mahal, RM50 pulang balik. Kadang kadang cuti X'mas dan Tahun Baru, baru dia dapat cuti panjang. Jadi kamilah yang selalu melawat dia di estet.
Mami Kem ni cukup komited dengan kerjanya. Dia tidak mengira masa dan cuti. Kalau kerjanya belum siap dan perlu disiapkan segera, dia akan bawa pulang dan disiapkan dirumah. Tak ada OT pun dia tak kisah yang penting kerjanya siap dan accurate all times. Dia mementingkan kesempurnaan dalam menyiapkan kerjanya. Dia selalu meredah kegelapan malam, seorang diri, menerusi kebun kelapa sawit, bila kerjanya habis lewat malam. Kesian dia. Nasib baik rumahnya dekat dengan pejabatnya, lebih kurang 100M jauhnya.
Dan berkat kerajinan dan rasa tanggungjawabnya menjalankan kerjanya, stor dan sistem kendalian stornya telah mendapat pujian dari pengurusan HQ mereka. Malah telah diangkat sebagai contoh kepada lain lain estet untuk dipraktikkan.
Mami Kem telah melatih ramai kerani stor sejak dia bekerja disitu. Malah Assistant Manager pun belajar dari dia cara cara menguruskan stor agar selalu up todate and accurate. Estate Managernya pun puas hati dengan kerjanya. Malah kerap kali dia menolak notis berhenti kerja Mami Kem. Dan Mami Kem pun terpaksa menarik balik notisnya setelah tuannya meminta maaf kerana kesilapannya menuduh kakakku itu. Aku bangga dengannya. Hubungannya dengan supplier pun bagus. Ini membolehkan dia senang mendapat bekalan yang cepat dari mereka. PRnya baguslah katakan.
Aku sempat menunjukkan Mykad Alex dan Ponso pada Mami Kem. Dia renung Mykad mereka sambil tersenyum. "Besar sudah anak anak"kataku.
"Mami, bila juga mami mau turun tapi tinggal lama lama dirumah kami"? kata Ponso
"Kenapa juga dik(Ponso)"kata Mami Kem
"Ialah, Mami selalu turun tapi cepat cepat mau pulang, lama lamalah bah"kata Ponso
"Tak boleh, Mami banyak kerja"kata kakakku
Suamiku tidur diruang tamu. Alex berbaring disisinya sambil menegok tv. Ibuku baring dekat pintu. Aku bercerita dengan kakakku dikaki lima. Aku baring di ayunan, kakakku duduk dikerusi plastik.
"Tahun depan kami pindah rumah"
"Dimana"?
"Jauh bah di dalam, di sebelah sana"kakakku berkata.
"Rumah batu, berkembar. Jalan masuk bukan bagus"
"Iakah"?
"Mesti pindahkah"?
"Mesti, semua pindah. Opis, stor, sekolah, pindah semua didalam"
"Kami marah bah sama tuan pasal dia buang kami didalam, bodoh betul tu tuan, jauh jauh dia buang kami, dia sendiri bukan mau pindah nanti. Bodoh !"
"Pa boleh buatlah"kataku.
Jam 2.30 kami bersiap siap untuk pulang. Kami bersalam salaman. Mami Kem pulak bersiap siap mau turun kepejabatnya sebab ada kerja yang mau diselesaikan. I told you, she's very hardworking...
Dalam perjalanan pulang, ibuku berkata :
"Aku kesian betul dia tu tinggal sendirian"
"Itulah tu mak, aku pun telampau kesian sama dia, hidup sendiri, heh..itulah tu kita mesti mau selalu melawat dia, habis mau turun pun, tambang mahal. Ndak apalah, lain kali kalau ada cuti lagi, kita lawat lah dia"
"Ia bah"kata ibuku.
"Ialah, kalau ada cuti lain kali, biar kita yang pegi lawat dia, bukan jugak jauh sangat bah"kata hubbyku.
Kami tiba di kawasan kediaman kami jam 5.00 petang.
Singgah dikedai sebab mau gunting rambut anak anak yang dah panjang. Esok sekolah.
Dalam kedai tu jumpa Abo. Dia pun gunting rambut juga.
"Oo..Abo dengar juga cakap anti, suruh gunting rambut ya"
Abo hanya tersengih.
Sementara menunggu, kakakku telefon.
"Mana sudah"?
"Oo kami dah sampai ni, bawa budak budak gunting rambut dulu"
"Oo..mana mama?"
"Kejap"
"Mak.."aku menyerahkan telefon pada ibuku.
Kami tiba dirumah jam 5.30 petang.
Syukur kepada Tuhan sebab kami selamat pergi dan selamat kembali.

No comments:
Post a Comment