Hari ini adalah hari yang mereka semua nanti nantikan untuk mengeluarkan segala ilmu pelajaran yang sudah mereka gali sejak dari tahun 1 lagi. Hari ini adalah hari untuk mencurahkan dan memberikan semua ilmu yang telah dipelajari selama lama ini.
Seperti biasa aku menghantar anak anakku kesekolah. Hari ini aku tapau mereka mee goreng, 1 tauhu goreng, 1 hotdog dan 1 fucuk, breakfast kegemaran mereka. Semoga makanan ini akan memberikan mereka semangat untuk menjawab soalan soalan peperiksaan nanti.
Aku berpesan: Baca soalan baik baik. Fahamkan maksudnya. Baru jawab. Kalau pensil dah tumpul, tak payah raut, guna pensil lain. Aku bekalkan mereka 5 batang pensil stabilo seorang. 2 eraser stabilo, pembaris dan peraut pensil stabilo juga. Bagus konon jenama itu.
Sewaktu sampai disekolah, aku cium dahi anak anaku. Mereka mencuim tanganku. Abang keluar dari kereta dan berjalan cepat masuk kehalaman sekolah. Adik dengan perlahan lahan mengalas beg sandangnya lalu turun dari kereta. Aku memerhatikannya. Dia nampak risau.
"Adik, baca soalan baik baik ya, jawab soalan bagus bagus, mudah mudahan adik lulus"lalu airmataku jatuh.
"Ia Ma" adik menutup pintu kereta.
Tinggal aku sendiri didalam kereta, menitiskan airmata pedih, melihat dia melangkah menuju ke pintu gate sekolah. Dalam hati aku berdoa lagi pada Tuhan agar membantu anak anakku dalam peperiksaan ini. Sayu sekali rasanya melihat dia berjalan dengan fikiran yang penuh dengan tanda tanya. Aku tahu dia tidak yakin, dia takut dia tidak dapat jawab. Tapi aku berikan dia kata kata semangat. Sedih rasanya hati melihat dia, kalau boleh ku ganti tempatnya, biarlah aku ganti, tapi..mana boleh. Biarlah dia belajar menempuh kenyataan ini sebagai pengalaman hidupnya. Mungkin selepas ini dia akan mendapat keyakinan. iri didalam kereta, menitis airmata melihat dia melangkah menuju ke pintu gate sekolah. Dalam hati aku berdoa lagi pada Tuhan agar membantu anak anakku dalam peperiksaan ini.
Aku telefon suamiku. Hubbyku outstation di Tawau. Aku curahkan kesayuan hatiku.
"Sabarlah sayang, kita terima apa saja yang jadi nanti. Biarlah dia tidak lulus, yang penting dia sihat tubuh badan"
Aku dan suami tidak meminta apa apa yang luar biasa dari anak anak kami. Kami tahu daya upaya mereka. Kami hanya minta mereka cuba dulu, cuba yang sedaya mungkin. Kalau dapat C pun mama dan papa terima.
No comments:
Post a Comment