Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Hari ini hari ke-2 Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam.

Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam!

Kelmarin, hari Minggu, semasa dalam Misa Kudus, Uskup kami menyeru kepada semua umat Kristian agar berdoa buat saudara saudara kita yang menyambut Hari Raya Aidilfitri agar perayaan ini akan menyatukan semua orang tanpa mengira agamanya. Ya, semoga Hari Raya ini akan menyatukan semua orang untuk hidup rukun dan damai walau pun berlainan kepercayaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Hari ni aku beraya di rumah kawan lamaku di Sim Sim. 10 orang kami semuanya. Aku, Lena, Tina, Sara, Agus, Lilik, Rina, Nini dan 2 orang anak lelakiku. Kami dijamu dengan makanan melayu. Kenyang! Lepas tu kami pegi beraya pulak di rumah kawan adikku di Taman Damai. Fuhh, kenyang lagi, sebab makan lagi. Syukur kepada Tuhan. Jemputan jangan ditolak, rezeki mesti dijamah!

Esok ada satu lagi jemputan. Kali ni dekat sikit, di Taman Tyng je. Tengoklah, harap harap tak hujan, kami akan pegi lagi. Merapatkan hubungan sesama manusia yang berlainan keturunan, latarbelakang dan juga agama. Mesraaaaa...kata Bob AF2.

No comments:

Post a Comment